Luangkan sedikit masa anda bersama PESAN SABAH dalam membantu Masyarakat yang memerlukan

Terkini

  • WABAK COVID-19. Norma Baru

    Dalam tempoh Pemulihan dari Wabak COVID-19 ini, Dinasihatkan agar kita semua tetap menjaga SOP semasa melakukan aktiviti harian. Penjarakan Sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari sesama amat harus dipatuhi agar rantaian Wabak ini dapat diputuskan sekaligus menghapuskan virus ini secara menyeluruh.

HighLight Aktiviti PESAN SABAH

Jadual Aktiviti PESAN SABAH

  • Sumbangan Kerusi Roda

    KOTA KINABALU : Pertubuhan Sukarelawan Anak Negeri Sabah, diwakili oleh Pengerusinya En. MD. Shamsul B. MD. Rahmat serta rombongan telah menyerahkan sebuah kerusi roda kepada klien di Kampung Rampayan, Kota Kinabalu. Kerusi Roda hasil sumbangan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran itu diserahkan pada 20 Jun 2020 bersama dengan Bendahari Pertubuhan En. Mohd Fitri Bin Hagdir serta beberapa Sukarelawan PESAN SABAH.

    Didaftarkan pada 14 Mei Tahun ini, PESAN SABAH telah mengorak langkah untuk menjangkau masyarakat sekitar dalam misi bantuan dan Pendidikan serta Kesedaran. Antara lain matlamat PESAN SABAH adalah untuk melaksanakan perkhidmatan kebajikan masyarakat di seluruh Negeri sabah, membantu Warga OKU di Negeri sabah dalam pelbagai aspek, memberikan pendidikan kebajikan masyarakat di dalam komuniti setempat, menyebarkan maklumt kebajikan masyarakat, menganjurkan seminar, persidangan dan bengkel yang berkaitan dengan kegiatan kebajikan masyarakat, dan menyediakan medium bagi pertukaran maklumat di kalangan ahli dan masyarakat tentang khidmat kebajikan.

    PESAN SABAH juga mempelawa golongan professional seperti Doktor, Peguam, Polis, Tentera, Rela untuk mendaftar sebagai ahli professional yang dapat membantu dalam program-program yang melibatkan khidmat professional disamping menjemput syarikat-syarikat tempata untuk turut serta di dalam program pertubuhan yang boleh diselitkan bersama program CSR syarikat.

    Pengerusi PESAN SABAH menyeru semua ahli masyarakat untuk bergerak aktif dalam khidmat komuniti dengan menyertai Pertubuhan Sukarelawan Anak Negeri Sabah.

  • Bagaimana Menyertai PESAN SABAH

    Sangat mudah untuk anda menyertai PESAN SABAH dan mulakan kegiatan Sukarelawan anda.

    Bagaimana untuk menyertai?

    Anda hanya perlu berhubung dengan kami dengan menghantar Email kepada pesan.sabah@gmail.com untuk mendaftar dan kami akan menerangkan kaedah seterusnya.

     

    Adakah yuran untuk menyertai PESAN SABAH?

    anda hanya perlu membayar RM5.00 untuk pendaftaran pertama dan ianya akan diperbaharui setiap tahun. berikut adalah jadual bagi yuran keahlian :

    Yuran Keahlian RM 5.00
    Yuran Tahunan RM 5.00 Setahun

    Anda boleh membayar yuran tahunan RM5.00 setiap tahun, atau RM25 untuk 5 tahun

    Apakah kelebihan Menjadi ahli PESAN SABAH?

    Anda akan mendapat perkembangan terkini pertubuhan dan boleh menyertai banyak aktiviti kemasyarakatan. Anda Juga akan mendapat kad keahlian PESAN SABAH yang boleh diperbaharui setiap tahun. Reka bentuk menarik Kad ini akan berubah setiap tahun maka ianya boleh disimpan dan dijadikan koleksi.

    Adakah Pesan Sabah sebuah Pertubuhan yang Sahih dan Berdaftar?

    PESAN SABAH atau nama panjangnya PERTUBUHAN SUKARELAWAN ANAK NEGERI SABAH sememangnya sebuah pertubuhan yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). 

    Nombor Pendaftaran Pertubuhan Sukarelawan Anak Negeri Sabah adalah PPM-008-12-01052020 dan boleh diperiksa pada pangkalan data EROSES di Sini. Masukan "PERTUBUHAN SUKARELAWAN ANAK NEGERI SABAH" pada kotak Kata kunci dan klik CARI

    Bagaimana sekiranya Syarikat saya ingin menyertai aktiviti PESAN SABAH?

    Syarikat Anda boleh menghantar surat cadangan berkerjasama kepada Sekretariat PESAN SABAH dan nyatakan program atau projek yang ingin dicadangkan dan bagaimana PESAN SABAH Boleh membantu. sekiranya Syarikat anda ingin menyertai program yang telah dirancan oleh PESAN SABAH, anda boleh nyatakan apa sumbangan yang syarikat anda boleh tawarkan.

    Pihak PESAN SABAH akan mencari jalan untuk syarikat anda dapat turut serta dalam membantu masyarakat dan komuniti setempat.

    Keterangan Lanjut

    Anda boleh ajukan soalan kepada Pesan Sabah melalui pelbagai cara. salah satu caranya adalah melaui email Pesan sabah iaitu pesan.sabah@gmail.comatau laman facebook PESAN SABAH iaitu facebook.com/pesansabah2020

    Hubungi Kami

Perkongsian Aktiviti Sukarelawan Serata Dunia

10 Life Changing Volunteer Abroad 14:19
Perkongsian Sukarelawan Global yang melancong sambil Melakukan kerja Sukarela di serata tempat.
Benefits Of Volunteering 03:02
Ketahui Apa kebaikan Bersukarela dan menyertai Aktiviti kesukarelaan.
Khairul Jamain : Apa Itu Kerja Sosial/Sukarelawan/Aktivis 11:17
Perkongsian peribadi seorang Pekerja Sosial.
Conservation Volunteer 05:39
Anda boleh bersukarela di mana jua. Pilihan Di tangan Anda
Gambar Aktiviti PESAN SABAH
Banyak Memori yang tidak akan dilupakan semasa menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat yang memerlukan.

Keahlian Pertubuhan

Anda boleh mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Sukarelawan Anak Negeri Sabah dengan mudah. Anda Tidak akan terikat dengan pertubuhan secara total namun boleh menyertai sepenuhnya aktiviti anjuran PESAN SABAH.
  • BARU!!
  • Keahlian Baru
  • RM5.00
  • SEKALI
  • Pendaftaran keahlian Baru sentiasa dibuka dan tempoh keahlian ahli adalah Setahun. Yuran pendaftaran boleh dibayar melalui bank kepada PERTUBUHAN SUKARELAWAN ANAK NEGERI SABAH (PESAN SABAH) di nombor akaun 1001601011020288 Bank Islam Malaysia Berhad
  • DAFTAR SEKARANG
  • BARU!!
  • Pembaharuan Keahlian
  • RM5.00
  • Tahunan
  • Pembaharuan keahlian adalah diatas pilihan sendiri. sekiranya ingin memperbaharui keahlian selama lebih dari setahun, sila nyatakan pada borang pembaharuan ahli. Yuran pendaftaran boleh dibayar melalui bank kepada PERTUBUHAN SUKARELAWAN ANAK NEGERI SABAH (PESAN SABAH) di nombor akaun 1001601011020288 Bank Islam Malaysia Berhad
  • BAHARUI KEAHLIAN

Bantuan dan Sumbangan

Anda boleh membantu dalam pelbagai cara. sila pilih kaedah sumbangan yang anda suka di bawah

Kami Mengalu-alukan cadangan anda bagi memantapkan lagi perkhidmatan pertubuhan kepada masyarakat di seluruh Negeri Sabah.

Anda juga boleh membuat sumbangan ikhlas yang akan disalurkan kepada yang memerluka. Di seluruh Negeri Sabah melalui bank kepada

PERTUBUHAN SUKARELAWAN ANAK NEGERI SABAH (PESAN SABAH) di nombor akaun 1001601011020288 - Bank Islam Malaysia Berhad

BIDANG SUKARELAWAN

Pilih Bidang Sukarelawan yang anda ingin sertai
  • DASAR PRIVASI

    Privasi anda

    Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

    Maklumat Yang Dikumpul

    Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

    Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Portal/Laman Web yang Lain?

    Portal ini mempunyai pautan ke portal/laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal/laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal/laman web yang dilayari.

     

    Pindaan Dasar

    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account